Friday, December 4, 2009

Hanya KESIAN Yang Mampu Diucapkan..


Tok pernah merasa tinggal dan dihalau dari setinggan dan Tok amat paham perasaan Mak Bee dalam kes ini. Bagi kebanyakan penghuni setinggan adalah mereka sedar mereka perlu berpindah tetapi apa yang dipinta adalah peruntukanlah rumah dengan sewa yang rendah sebagai ganti dan bukannya tanah tanpa rumah kerana manalah orang seperti Mak Bee ini mampu dan adakah mana2 bank yang mahu meluluskan permohanan pinjaman perumahan untuknya. Walaupun MPS menuduh Mak Bee mempunyai rumah lain,kemungkinan rumah itu juga mungkin telah dijual atau pelbagai isu lagi yang sepatutnya diselidik dahulu. Beginila beraninya pihak berkuasa berhadapan dengan orang Melayu dan jika mereka ini BUKAN MELAYU, sudah tentu ramai yang ingin berlagak membela menunjukan hero mereka (merujuk Dato Noh dan Ronnie Liu)..

No comments:

Post a Comment