Wednesday, January 6, 2010

Kisah Anak Khalid Samad dan Kristian


Kisah didalam sebuah tadika.

Adik Ina Bt. Khalid Samad duduk bersebelahan dengan Adik Raymond Wong dan sambil mendengar guru mereka mengajar ABC, mereka berborak-borak dibelakang.

Raymond Wong memberitahu dia akan ke masjid Kristian setiap pagi Ahad untuk bersembahyang dengan “Allah” dan ketika di masjid Kristian, sambil bersembahyang beliau juga akan menyanyi lagu-lagu dengan alunan piano oleh paderi yang bertugas. Sembahyangnya menyembah “Allah” pada setiap Ahad digambarkan seolah sesuatu yang menyeronokan bagi Raymond Wong. Adik Ina Bt. Khalid Samad asyik mendengar kisah sahabatnya ini dan Ina seolah tertarik dengan kisah Raymond Wong dan menganggap tuhan “Allah” Raymond Wong ini juga adalah tuhan yang sama disembah oleh bapanya, Khalid Samad juga bernama Allah.

Apabila pulang ke rumah, Ina tertanya-tanya dan keliru kerana melihat ibubapanya iaitu Khalid Samad dan Latipah, sembahyang 5 kali sehari tetapi mengapa Raymond Wong hanya seminggu sekali sahaja padahal tuhan yang disembah adalah sama iaitu “Allah”. Juga tiada tarian dan alunan piano pun ketika ibubapanya bersembahyang. Dia makin keliru apabila bapanya, Khalid Samad asyik mengatakan tuhan Raymond serupa tapi tidak sama dan amat gembira apabila Raymond Wong bercerita tentang “Allah” pada anaknya itu. Segala kekeliruan ini menjadikan Ina mengandaikan dia dengan Raymond tiada bezanya kerana tuhan mereka adalah sama dan setiap Ahad Ina mengikut Raymond ke masjid Kristian dan hari biasa dia ke masjid bapanya.

Ditakdirkan Ina dan Raymond Wong akhirnya berkahwin dan Ina telah menukar namanya ke Mary Wong Khalid Samad kerana bagi mereka tiada yang salahnya kerana mereka sembah tuhan yang sama dan Raymond Wong juga tidak sunat belalainya selamanya…