Monday, November 23, 2009

APA SBB SUPERSTAR ARIFFAHMI HAPPY LETAK JAWATAN?


Inilah pertama kali Tok melihat seseorang yang di suruh meletak jawatan tetapi tetap ceria ditemuramah disamping orang yang memecatnya malah begitu relak sekali walaupun hakikatnya dia sudah tiada punca pendapatan! Adakah kita akan bersikap demikian juga?

Hakikatnya anak menantu ni rela melepaskan sedikit peluang kerana ada peluang yang lebih besar lagi menanti malah ketika ditanya wartawan apakah yang akan dia lakukan selepas ini dia dengan megahnya berkata akan berniaga. Sudah tentu dia akan berniaga dengan ehsan bapa mertuanya! Bapa mertuanya secara terbuka melantik beliau sebagai CEO walaupun ramai mata memandang dan adakah bapa mertua tersebut tidak akan meluluskan sebarang projek pada menantu kesayangan ini apatah lagi ini tidak dilakukan secara terbuka. Nampaknya seorang lagi jutawan baru klon KJ akan muncul!

Jadi, Tok tak hairan langsung CEO ini letak jawatan kerana apalah sangat jawatan CEO dan bergaji 20K sebulan berbanding dengan projek yang akan dinikmatinya selepas ini.

No comments:

Post a Comment