Sunday, November 8, 2009

Semua Pemain N9 Masuk Neraka – Tok Guru

Tok guru telah berfatwa bahawa semua pemain Negeri Sembilan akan masuk neraka termasuklah pemain tengah, Kunanlan Subraniam. Difahamkan mereka ini akan masuk neraka ekoran kemenangan mereka ke atas pasukan Kelantan yang disifatkan sebagai pasukan Isle dan mengalahkan pasukan Isle adalah berdosa.

Tok Guru juga menyifatkan perbuatan membakar kerusi stadium dibolehkan kerana beliau juga pernah melakukanya ketika muda-muda dahulu. Dan asap yang keluar dari pembakaran kerusi stadium itu adalah juga sebagai tanda berkabung diatas kematian Teoh Beng Hock dimana mengunakan lilin dilihat sudah tidak praktikal ketika ini.

Salehudin Ayub dilihat ketika ini sedang meluru ke Kota Baru bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara ini dan dijangka mengadakan sidang akhbar sebentar lagi. Dato Sri Nizar bagaimanapun tidak mahu masuk campur dalam isu ini selagi Ngah dan Ngeh tidak difatwakan masuk neraka oleh Tok Guru.

No comments:

Post a Comment