Friday, December 4, 2009

Hanya KESIAN Yang Mampu Diucapkan..


Tok pernah merasa tinggal dan dihalau dari setinggan dan Tok amat paham perasaan Mak Bee dalam kes ini. Bagi kebanyakan penghuni setinggan adalah mereka sedar mereka perlu berpindah tetapi apa yang dipinta adalah peruntukanlah rumah dengan sewa yang rendah sebagai ganti dan bukannya tanah tanpa rumah kerana manalah orang seperti Mak Bee ini mampu dan adakah mana2 bank yang mahu meluluskan permohanan pinjaman perumahan untuknya. Walaupun MPS menuduh Mak Bee mempunyai rumah lain,kemungkinan rumah itu juga mungkin telah dijual atau pelbagai isu lagi yang sepatutnya diselidik dahulu. Beginila beraninya pihak berkuasa berhadapan dengan orang Melayu dan jika mereka ini BUKAN MELAYU, sudah tentu ramai yang ingin berlagak membela menunjukan hero mereka (merujuk Dato Noh dan Ronnie Liu)..

Thursday, December 3, 2009

Nik Aziz - Doa sampai pecah perut

Tok amat gembira apabila NA mengeluarkan kenyataan diatas kerana :-
1) Lagi banyak kenyataan karut marut dari NA maka makin banyak "peluru" untuk BN melancarkan
2) Maka tidak perlu menyuruh dia letak jawatan kerana apabila dia sudah tiada, maka akan kurang sedikit penyelewangan untuk didedahkan
3) NA sekarang ibarat punch bag bagi UMNO dan UMNO patut belasah hingga titisan peluh dan hingus terakhir!
4) Inilah masa bagi UMNO untuk "mengumpan" NA dengan segala dakwaan kerana NA biasanya akan membalas tanpa berfikir
5) Akhir sekali, inilah tanda UMNO semakin diterima ramai!

Wednesday, December 2, 2009

Mamat Fazdil ni Anwar dah rasa ke belum?




LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.
Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.
Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.
Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.
"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.
Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.

Monday, November 23, 2009

JAWATAN KOSONG CEO - PMBK

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Bidang Tugas:
1) Pandai menjaga anak perempuan Tok Guru
2) Mempunyai benih yang sihat untuk menghasilkan cucu-cucu untuk Tok Guru
3) Melatih cucu-cucu Tok guru sebagai model billboard
4) Mencari dana dan tajaan untuk Tok Guru sebab Tok Guru sayang nak pakai duit gaji dia
5) Menjaga selipar masam Tok guru dari dicuri

Kelayakan:

1) Mempunyai pertalian darah dengan Tok Guru
2) Minimum 2 tahun berkahwin dengan mana-mana anak dara Tok Guru
3) Wajib berkulit gelap
4) Tidak berbahasa Melayu dengan betul
5) Berorientasikan rasuah
6) Ahli syurga – kena hantar boring masuk hamPAS dulu
7) Mempunyai sekurangnya 2 pasang selipar masam Tok Guru

Interested candidates are required to apply online.

APA SBB SUPERSTAR ARIFFAHMI HAPPY LETAK JAWATAN?


Inilah pertama kali Tok melihat seseorang yang di suruh meletak jawatan tetapi tetap ceria ditemuramah disamping orang yang memecatnya malah begitu relak sekali walaupun hakikatnya dia sudah tiada punca pendapatan! Adakah kita akan bersikap demikian juga?

Hakikatnya anak menantu ni rela melepaskan sedikit peluang kerana ada peluang yang lebih besar lagi menanti malah ketika ditanya wartawan apakah yang akan dia lakukan selepas ini dia dengan megahnya berkata akan berniaga. Sudah tentu dia akan berniaga dengan ehsan bapa mertuanya! Bapa mertuanya secara terbuka melantik beliau sebagai CEO walaupun ramai mata memandang dan adakah bapa mertua tersebut tidak akan meluluskan sebarang projek pada menantu kesayangan ini apatah lagi ini tidak dilakukan secara terbuka. Nampaknya seorang lagi jutawan baru klon KJ akan muncul!

Jadi, Tok tak hairan langsung CEO ini letak jawatan kerana apalah sangat jawatan CEO dan bergaji 20K sebulan berbanding dengan projek yang akan dinikmatinya selepas ini.