Sunday, November 8, 2009

KELANTAN KALAH FINAL KRN CAMPURTANGAN UMNO!

Husam Masam mengulas kekalahan Kelantan ditangan Negeri Sembilan adalah angkara taktik busuk dan zalim yang didalangi pihak UMNO. Sebaliknya, katanya, kerajaan negeri akan melantik panel peguam bagi meneliti daripada sudut undang-undang berhubung kekalahan Kelantan untuk mendapatkan semula kemenangan. Beliau juga mengulas tidak akan sekali-kali mengiktiraf kemenangan Negeri Sembilan pada malam Sabtu yang lepas biar apa pun keputusan pengadil dan pihak FAM.
Beliau yang kini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat selepas tewas ketika merebut jawatan Timbalan Presiden pada muktamar lepas menegaskan bahawa ia adalah keputusan yang tegas demi maruah negeri Kelantan. Husam Masam juga mengulas campur tangan Datin Sri Rosmah dan Rita Rudani dalam kekalahan Kelantan ini.
Ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini pula berkata, kapten Kelantan Indera Putra dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dan sepatutnya dipersalahkan atas kekalahan teruk Kelantan. Indera perlukan ditukarkan kepada Salahudin Ayub yand dilihat lebih dinamik dalam memimpin pasukan Kelantan.
Dikhabarkan juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akan membawa AJK Kuil Seksyen 23 untuk melakukan demostrasi aman di hapadan rumah Isa Samad pada petang ini.Walaupun bagaimanapun ketika wawancara bersama Mat Sabu, beliau dilihat tersipu-sipu malu apabila nama Rita Ridani disebut pemberita.

No comments:

Post a Comment