Sunday, December 6, 2009

Kisah Disebalik Pelepasan Jawatan Ahmad Said Hamdan SPRM

Semalam Tok sempat berborak dengan rakan-rakan “tingkat 4 Putrajaya” dan banyak kisah yang terkeluar dan ada yang amat sensitif untuk dikongsi tetapi kisah pelepasan jawatan Ketua Pesuruhanjaya SPRM ini amat menarik untuk dikongsi bersama.

Antara sebab yang dinyatakan oleh rakan-rakan tingkat 4 ini adalah kerana Ahmad Said seorang yang mempunyai prinsip dan apabila seorang anaknya disabit dengan satu kesalahan yang serius di Australia, dia rasa bertanggungjawap untuk tidak mencemarkan imej SPRM ke tahap yang lebih teruk lagi. Dikhabarkan kisah ini tidak keluar di media arus perdana adalah disebabkan untuk mengelak isu ini menjadi isu nasional dan dimanipulasikan oleh pihak pembangkang al jub.
Selain dari itu kita juga tidak dapat menafikan kes kematian si cina Teoh juga adalah antara penyebab utama beliau berundur.
Tapi yang menariknya adalah siapa pengganti beliau kerana pemilihan Abu Kassim Mohamad tidak direstui oleh pihak kementerian kerana umur beliau yang masih muda iaitu 49 tahun kerana dikhuatiri tempoh yang lama sebagai seorang Ketua Pesuruhanjaya SPRM (sebelum bersara wajib) akan mendedahkan kepada penyelewangan kuasa kerana pihak kementerian sudah belajar dari kesilapan melantik Hanif Omar ketika dia berumur 35 tahun. Ada yang mencadangkan orang luar dimasukkan sebagai Ketua Pesuruhanjaya selama 3 tahun dan selepas itu barulah dilantik Abu Kassim Mohamad.Walaubagaimanapun tangan-tangan ajaib telah berjaya meletakan beliau disitu.
Selepas ini Tok akan menceritakan pula kisah bagaimana Tun Jeane mendapat gelaran “Tunship” kerana sebelum ini beliau hanya “maid” dan dengan tanpa sumbangan pada negara dan hanya menjadi isteri Pak Lah pula kurang dari 2 tahun ketika itu.Nantikan..

No comments:

Post a Comment